Khamis, 5 Jun 2014

Tanda-tanda Bulan Puasa Dah Dekat Sangat


Ini kesinambungan daripada topik 6 Tanda Sudah Nak Puasa sebelum ini.

Tetapi tanda-tanda kali ini bukan tanda besar. Ia lebih kepada persiapan masyarakat Islam bersedia untuk menyambut bulan puasa. Jika anda perhatikan betul-betul, banyak gelagat orang bersedia nak puasa.

1. Orang perempuan rajin puasa sunat. Sebenarnya puasa ganti tahun lepas. 2 in 1.


2.  Geng kaki makan akan mula mencari lokasi tapak bazaar Ramadhan. Mengalahkan orang nak meniaga bazaar Ramadhan.


3. Geng kaki makan ini juga akan mula mencari senarai buffet berbuka puasa hotel-hotel di lembah Klang. Lepas tu dia akan email pula kepada ke semua kawan jadi viral.



4. Orang perempuan sudah mula beli buku resipi masak. Mana yang celik IT sudah mula google resepi juadah berbuka puasa dan sahur.


5. Pekerja beragama Islam sudah mula hantar permohonan cuti raya. Kalau lambat hantar nanti takut majikan atau bos tolak pula.



6. Perantau dah mula beli tiket bas raya nak balik kampung. Tidak kira pekerja atau pelajar. Mana yang nak ke utara, timur dan selatan tanah air semua sudah beli tiket bas awal-awal. Takut tiket bas habis nanti melopong menangis beraya sorang-sorang di perantauan.


7. Orang ramai dah mula beli stok buah kurma di pasaraya. Kalau beli awal-awal ni, buah kurma segar lagi. Lepas tu harga pun murah kerana stok baru sampai.


8. Mana yang tidak suka shopping atau keluar membeli-belah waktu puasa, lebih-lebih lagi para suami, sudah mula ajak isteri keluar cari kelengkapan Hari Raya. Beli baju raya satu keluarga.

Memang ramai orang terpaksa beli baju raya di pasaraya kerana tukang jahit sudah tidak mahu terima tempahan baru lagi kerana takut tak sempat siap.

Mana yang nak ambil risiko beraya dengan baju melayu tahun lepas boleh cuba hantar upah jahit. Kalau tukang jahit terima pun mesti jenis orang tamak. Kerja ambil, siap belum tentu lagi.

Selamat bersedia untuk berpuasa.