Isnin, 23 Jun 2014

Jom Tonton Transformers 4 Age Of Extinction


Berminat nak tonton Transformers 4? Jika anda adalah peminat tegar siri filem Michael Bay yang berdasarkan kartun dan mainan Hasbro, siri nombor 4 ini dijangka adalah yang terbaik!

Betul ke? Tetapi macam kurang sahaja hype, iklan pun kurang.  Bajet iklan dah habis kot. Tidak apa, pemasaran yang lemah tidak bermaksud cerita tidak bagus. Jadi apa yang best dengan cerita Transformer kali ini, balik-balik robot bergaduh dengan robot juga.

Untuk pengetahuan semua, filem Transformers kali ini bukan satu "reboot" tetapi merupakan kesinambungan filem sebelum ini iaitu Transformer Revenge of the Fallen. Cuma plot cerita dia menggugurkan beberapa karekter penting yang lama. Dalam filem Transformers kali ini, jam  masa sudah berganjak selama 4 tahun.

Kebanyakan Transformer sudah mati atau hilang menyorok ketakutan. Satu badan kerajaan memburu kesemua Transformers tidak kira Autobots atau Decepticon, semua akan diburu dan dibunuh, bukan ditangkap. Inilah dia zaman kepupusan Transformers.

Semua ini bermula 4 tahun dahulu dimana kerajaan USA menyalahkan Transformers kerana kemusnahan bandar Chicago dan yakin Transformers boleh  menyebabkan penduduk bumi pupus jika puak robot baik dan jahat ini terus menerus bergaduh. Manusia akan jadi seperti  kancil mati tersepit diantara dua gajah.

Syukur kali ini kita tidak perlu lagi melayan karenah kebudak-budakkan Sam Witwicky tetapi jangan risau, robot kesukaan ramai Bumblebee masih ada. Siap ada kejutan untuk anda semua kemunculan kembar Bumblebee warna merah. Nantikan...

Saksikan klip propaganda kerajaan Amerika menentang Transformers dan meminta rakyatnya menelefon talian khas jika ada ternampak Transformers.



Dalam trailer penuh , kita sudah nampak karekter baru iaitu Cade Yeager (Mark Walhberg) seorang mekanik yang menjumpai bangkai lori Optimus Prime yang sudah berubah bentuk untuk menyamar daripada pihak berkuasa.


Bentuk baru Optimus Prime ini nampak lebih sporty tetapi ia memerlukan sedikit masa untuk kita terima sebagai ketua Autobot kerana sudah biasa dengan rekabentuk lama. Syukur Optimus Prime tetap menggunakan warna merah biru yang sama.

Yang dinantikan oleh kesemua peminat Transformers selama ini adalah kemunculan Dinobots.


Inilah dia gambar robot-robot autobot "Dinobots". Kumpulan robot autobot ini boleh bertukar menjadi dinosaur.


Grimlock (T-Rex), Slag (Triceratops), Sludge (Apatosaurus), Snarl (Stegosaurus), Swoop (Pteranodon)

Ini dia teaser 16 saat kemunculan Dinobots di dalam filem Transformers Age of Extinction.



Yang dinantikan adalah aksi pergaduhan Grimlock dengan Optimus Prime. Grimlock adalah ketua Dinobots yang kuat tetapi keras kepala dan angkuh. Kekuatan Grimlock setanding dengan kehebatan Optimus Prime dalam siri kartun Transformer G1. Geng Dinobots bukan autobot sejati pada mulanya tetapi kemudiannya mereka menyertai Autobot secara rasmi.



Jika anda masih belum beli tiket wayang Transformers 4 Age of Extinction, lebih baik anda book cepat sekarang. Tayangan tengah malam adalah pada 25hb dan tayangan rasmi bermula pada 26hb Khamis ini. Ramai orang ambil cuti kerja khas untuk pergi tonton filem Transformer 4 ini termasuk saya.