Sabtu, 21 Jun 2014

Berminat Nak Jadi Pelakon Hollywood?


Ya! Anda tidak perlu lagi menempah tiket untuk pergi ke Hollywood. Anda berpeluang untuk bekerja sebagai pelakon tambahan dalam produksi Hollywood yang sebenar. Tak percaya ke?



Pinewood Iskandar Malaysia Studios baru dibuka dan dirasmikan minggu lepas pada hari Sabtu bersamaan 14/6/2014.

Kemudahan studio bersepadu terbesar di Asia Tenggara ini dibuka untuk perniagaan di Johor dan telah menarik produksi televisyen dengan nilai berjuta-juta dolar dari Amerika iaitu pembekal perkhidmatan Internet streaming Netflix.

Keluasan tanahnya adalah 20 hektar, memiliki soundstages filem seluas 100,000
kaki persegi serta studio televisyen dan kemudahan produksi yang lain seluas 24,000 kaki persegi.

Untuk penggambaran aksi laut, Pinewood Iskandar Malaysia Studios mempunyai tangki dalaman dan tangki luaran, antara yang terbesar di Asia Tenggara.

Pembinaan siap secara rasmi pada Disember tahun 2013, kebanyakan kemudahan akan digunakan untuk produksi siri televisyen Marco Polo.

Sumber: News Straits Times


Ini adalah gambar depan Pinewood Iskandar Malaysia Studios. Laman web Studio adalah www.pinewoodgroup.com

Jadi anda sudah teruja dan berminat? Tiada pengalaman diperlukan. Kalau anda baru lepas SPM dan sedang menganggur,  lebih baik cuba bakat dalam bidang lakonan produksi Hollywood. Ini bukan lakonan tanpa bayaran dan cuma dalam makan minum, ini adalah kerja berbayar.

Anda akan memegang watak sebagai askar, wira, penunggang kuda, wanita elegan dan macam-macam lagi walaupun iacuma sebagai pelakon tambahan. Mana tahu ada ejen artis atau pengarah yang nampak dan ambil anda sebagai prodigi untuk cungkil dan asah bakat anda.


  

Peluang keemasan untuk berlakon siri telivisyen Hollywood ini datang sekali seumur hidup sahaja. Jadi jangan terlepas sesi temuduga pada 21 dan 22hb Jun 2014 iaitu hari Sabtu ini dan Ahad esok.

Jam 12pm tengahari sampai 6pm. Maklumat lanjut seperti di bawah. Boleh telefon saudara Eddy 019-7796891 untuk maklumat lanjut (kalau dapat kerana dia tentu sibuk).



Trending Malaysia berharap anak-anak muda kita jangan lepaskan peluang untuk menghadiri sesi ujibakat ini. Jangan asyik membuang masa dengan merempit dan aktiviti tidak tentu arah.

Selamat berjaya.