Rabu, 4 Jun 2014

6 Tanda Sudah Nak Puasa

Setiap tahun kita akan menempuhinya. Belum pun nak puasa tetapi dah keluar tanda-tanda jelas dah nak masuk bulan Ramadhan.

Apa dia tanda-tanda keramat itu?

  1. Keluar berita pemborong sorok stok barang seperti minyak masak, gula dan tepung.

  2. Keluar berita mercun seludup.

  3. Ada ura-ura harga ayam dan daging akan naik atau sudah pun mula naik.

  4. Keluar iklan buah kurma. Sssssshhhhh.... Yusof Tayoob.


  5. Kedai upah jahit sudah tidak mahu terima tempahan baru jahit langsir atau baju raya.

  6. Nilai 3 dan pusat jualan kelengkapan raya dah penuh dengan kaum hawa mencari barang sebelum harga naik.

Ada lagi tanda? Ada... tetapi tanda ini adalah tanda-tanda bagi mereka yang kurang sensitif walaupun sudah bertahun tinggal di Malaysia. Apa dia?
  • Keluar iklan Selamat Hari Raya dalam majalah atau katalog. Belum puasa tetapi dah nak raya?
  • Iklan radio atau TV Selamat Menyambut Ramadhan tetapi guna lagu raya
  • Iklan bercetak Selamat Menyambut Ramadhan tetapi guna gambar ketupat dan pelita.
Memang fail tahap maksima. Siapa entah pengurus pemasaran kempen-kempen ini.

Mungkin ada banyak lagi tanda-tanda nak masuk bulan puasa tetapi ini tanda yang paling jelas di Malaysia.

Adalah lebih baik kita menyediakan diri daripada segi rohaniah. Nasihat saya kepada tuan-puan dan diri saya sendiri.