Rabu, 25 Jun 2014

Bacaan Indeks Pencemaran Udara Terkini 25/6/2014


Jerebu melanda Malaysia lagi seperti setiap tahun sebelum ini. Ini adalah gelombang jerebu kedua untuk tahun 2014, selepas gelombang jerebu pertama pada bulan Mac 2014 lepas.


Semestinya trend carian terkini rakyat Malaysia adalah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada Jabatan Alam Sekitar.


Peta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 25/6/2014



Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 25/6/2014 (klik  untuk besarkan)


Peta titik panas Malaysia 25/6/2014 (klik untuk besarkan)

Tanda dan Kesan Akibat Jerebu
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Nasihat Doktor
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Trending  malaysia berharap rakyat Malaysia semua bersabar dengan dugaan jerebu yang melanda ini.