Ahad, 8 Jun 2014

Cerita iPhone 6 dan iOS 8


Ramai peminat produk Apple dan iOS tertanya-tanya bilakah iPhone 6 akan keluar dan semestinya masuk pasaran Malaysia secara sah.

Kegagalan produk iPhone 5s dan iPhone 5c di pasaran dunia beberapa tahun lepas menyebabkan para penggemar Apple ternanti-nanti keluaran iPhone 6 ini. Manakala smartfon jenama OEM Android yang lain bercakaran merebut bahagian pasaran masing-masing tetapi diungguli oleh OS Android dan jenama Samsung.


OS Android menunjukkan peningkatan yang sangat positif di carta dunia semenjak pelancarannya pada tahun 2009 sehingga hujung tahun 2013. Manakala iOS ada tanda atau trend penurunan semenjak akhir tahun 2011 kerana kegagalan produk yang menggunakan iOSnya.



Manakala carta jenama dunia pilihan juga sudah dirampas oleh Samsung. Perbezaan jualan Apple dan Samsung adalah sebanyak 50% pada setiap bulan. Apple hanya dapat meningkatkan jualannya pada bulan Disember 2013 sempena jualan sambutan X-Mas selepas itu jualan jatuh merudum semula.

Oleh itu pihak pengurusan Apple tengah menggigit jari mengharap mereka dapat meningkatkan semula jualan smartfon mereka. Cita-cita untuk merampas kembali kuasa menjadi smartfon #1 dunia amat tipis setelah tewas kepada Samsung dengan OS Android.

Hanya pimpinan inovasi dan kreativiti mendiang Steve Jobs yang dapat mengubah semula kedudukan Apple. Pihak pengurusan Apple sekarang hanya menumpukan sepenuh tenaga untuk memegang tampuk #1 di USA dan menjadi juara kampung.

   
Walaupun sistem operasi iOS tewas dengan sistem operasi OEM Android, tetapi Apple masih memegang pasaran untuk jenama #1 di Amerika seperti yang ditunjukkan pada carta di atas untuk awal tahun 2014.

Oleh itu Apple akan terus mengemaskini iOS supaya ia berdaya saing dengan Android, tetapi masih memastikan bahawa iOS barunya itu serasi dengan gajet-gajet lama dipasaran.


Keserasian iOS 8 hanya untuk iPhone 4S dan ke atas. Pemilik iPhone 4 pasti kecewa. Manakala cuma iPod generasi ke-5 sahaja yang disokong oleh iOS 8.


iOS 8 pula serasi untuk semua iPad generasi ke 2 dan ke atas.

Bilakah pelancaran sistem operasi dan smartfon terbaru Apple ini?

Dijangkakan seperti setiap pelancaran produk baru Apple, iPhone 6 ini akan dilancarkan pada bulan September 2014 yang akan datang, serasi dengan kemaskini iOS 8 yang terbaru.

Pada kebiasaannya semua pengguna Apple iOS akan menerima kemaskini sistem operasi baru selepas pelancaran rasmi.