Sabtu, 7 Jun 2014

Jet Pejuang F-22 Tiba di Malaysia

Enam jet pejuang F-22 Raptor tiba di pengkalan udara TUDM Butterworth pada 6 Jun 2014 untuk mengambil bahagian dalam Latihan dua hala Cope Taufan 2014.

 

Penyertaan F-22 dalam latihan ketenteraan ini adalah yang pertama kali di Asia Tenggara berikut perbincangan pada tahun 2013.




Amerika Syarikat berminat untuk berlatih perang udara dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sukhoi SU-30MKM. 



Semoga sesi latihan ini dapat membantu pilot jet pejuang negara kita mendapatkan pengalaman berjuang. Penulis tidak pasti sama ada Amerika Syarikat menghantar pasukan topgun merea untuk sesi latihan ini.

Jika anda ingat, jet F-22 ini adalah Starscream dalam siri movie Transformers Michael Bay.


Kita berharap dan berdoa agar semua berjalan lancar dan tidak akan berlaku apa-apa insiden yang boleh memalukan negara.