Isnin, 2 Jun 2014

Indonesia & Arab Pula Uji Cadbury



Syabas kepada umat Islam Malaysia yang menyebarkan maklumat mengenai produk Cadbury yang haram kepada dunia melalui media sosial. Kini Indonesia dan Arab pula uji Cadbury.
 
Jabatan Pemantauan Makanan dan Dadah Arab Saudi (SFDA) melakukan pemeriksaan secara rawak terhadap produk coklat jenama Cadbury di pasaran tempatan susulan kes Malaysia.


Arab Saudi menjadi negara kedua selepas Indonesia menjalankan ujian ke atas produk keluaran syarikat Mondelez International itu apabila pemeriksaan berkala yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  mengesahkan kewujudan DNA babi dalam produk Cadbury.


Pihak berkuasa Indonesia sudah pun menguji kandungan produk Cadbury yang dikhuatiri dicemari DNA babi yang dikategorikan sebagai bahan haram mengikut undang-undang Islam. Keputusan ujian itu bagaimanapun hanya akan diketahui minggu depan.


Syukur negara seperti Indonesia dapat membuat ujian ini dengan sangat pantas sekali. Tempoh masa hanya 1 minggu sudah dapat keputusan ujian DNA porcine patut dibanggakan.

Kalau di Malaysia kita kena ambil masa sehingga 3 bulan baru dapat tahu keputusan.

Mungkinkah teknologi kita sangat mundur dan kebelakang. Malaysia sepatutnya minta bantuan Indonesia untuk membuat ujian ini. Atau mungkin kita patut serahkan tugas menjadi Halal hab dunia kepada Indonesia.