Khamis, 19 Jun 2014

Tak Malu Skodeng Model Seksi Motorshow



Kaum hawa tidak tahu rahsia kenapa para lelaki gemar sangat pergi motorshow atau autoshow. Kenapa lelaki sanggup beratur panjang dan tunggu bawah panas terik. Ada udang sebalik mee sebenarnya.

Jenis lelaki yang suka pergi pameran kereta:
  • blogger otomotif
  • peminat tegar kereta
  • lelaki miang keladi
  • lelaki mata keranjang
  • kaki skodeng
Cuba perhatikan gelagat pelawat ke Zhengzhou Motorshow 2014. Macam semut  kerumun gula pun ada. Memalukan sungguh!


Inilah dia sebab utama kenapa lelaki suka pergi auto show. Nak ambil gambar model seksi.



Biar betul? Nak ambil gambar punggung perempuan ke? Model seksi ni pula jenis perempuan yang suka dengan segala perhatian lelaki.



Muka tak tahu malu. Sampai gambar punggung wanita pun nak ambik. Siap guna flash siang-siang buta pula tu.



Habis segala sudut nak ambik. Tak puas-puas lagi ke bang?



Yang cik abang ni ambil gambar apa tu? Aduyai!



Sudah-sudahlah tu, kang meletup pula smartfon tu nanti. Dah penuh dengan dosa.



Eh? Yang perempuan pun join sama sekaki. Siap bawa anak. Apa punya  bangsa ni?



Semua ambil gambar dengan penuh tekun. Lepas tu jangan lupa upload ke facebook dan instagram. Tak perlu nak privatekan photo album, satu dunia dah kenal muka korang.

Inilah dia tujuan orang lelaki pergi ke motorshow atau autoshow. Kalau suami atau boyfriend anda berkeras nak pergi, lepas mereka balik tu rajin-rajinlah semak smartfon mereka. Mana paling banyak? Gambar kereta ke gambar model perempuan seksi.

Pasti jumpa gambar koleksi model seksi. Silap haribulan jumpa gambar punggung model seksi.

Jangan marah ya. Temberang sudah pecah.