Khamis, 19 Jun 2014

Bukti Berita Naga Putih Johor Bahru Palsu


Kecoh satu Malaysia hari ini dengan berita satu bangkai naga putih yang dijumpai di satu apartment di Tanjung Puteri, Johor Bahru, Johor.

Berita "naga putih johor" ini menjadi trending pada hari ini apabila orang ramai terkejut dengan penemuan naga putih berbentuk seperti naga dalam mitos negara cina.

Bentuk naga ini bukan seperti naga mitos negara barat yang lengkap dengan sayap kiri dan kanan tetapi lebih kepada bentuk naga mitos cina seperti dalam komik Dragon Ball.



Cik Nana 'D' Juliet yang menyebar berita palsu ini untuk menjadi popular



Dengan menggunakan google image dan sedikit masa sahaja geng Trending Malaysia sudah jumpa asal usul gambar naga putih. Sebenarnya naga putih Johor ini berasal daripada negara cina. Tetapi ia cuma satu patung yang dibuat oleh seorang artis cina.



Artis cina tersebut menunjukkan langkah demi langkah cara beliau membuat patung naga putih tersebut.

Trending Malaysia tidak pasti tujuan patung naga putih ini dibuat, siapa pembeli dan berapa harga jualan naga putih tersebut. Kita cuma tahu bahawa orang cina sangat taksub dengan naga dan mungkin patung ini akan  menjadi salah satu koleksi arca feng shui jutawan atau hartawan cina.

Kini sudah sah berita naga putih johor ini palsu.

Harap semua orang sudah puas hati.