Sabtu, 7 Jun 2014

Empangan Negeri Sembilan Kritikal



Kemarau panjang yang melanda Negeri Sembilan menyebabkan Empangan Gemencheh di sini mencatat penurunan paras air dengan bacaan 99.82, sekali gus menghampiri tahap kritikal iaitu 98 meter. Paras minimum empangan adalah 86.00 meter.


Paras air di Empangan Gemencheh kini berada pada paras kritikal dan hanya mampu bertahan untuk 45 hari lagi sebelum mencapai paras minimum.

Ini kerana tiada hujan di kawasan tadahan air dan dua anak sungai yang membekalkan air ke Empangan Gemencheh kini sudah kering.

Empangan Gemencheh membekalkan air kepada 15,000 pengguna di kawasan Tampin dan Rembau. Ia menyalurkan kira-kira 7.5 juta gelen air sehari kepada pengguna.

Bekalan air di empat empangan iaitu Sungai Terip, Kelinchi, Talang dan Gemencheh berada di paras berjaga-jaga.

Kebanyakan masjid dan surau sudah mula melaksanakan solat hajat bagi memohon hujan.

Sebelum ini, masalah kegawatan air cukup sensasi di Selangor.

Agak pelik berita mengenai paras air empangan di Negeri Sembilan ini tidak sampai ke peringkat nasional. Ini mungkin kerana masalah air di Negeri Sembilan adalah insiden terpencil dan tidak sesuai untuk khabaran nasional.

Sumber: Sinar Harian