Jumaat, 25 Julai 2014

Raja Muda Selangor Tukar Agama Kristian Adalah Berita Palsu


Gempar! Satu laman web berita worldnewsdailyreport.com melaporkan bahawa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shahsudah bertukar agama Kristian dan melepaskan kesemua gelaran dan harta warisan.


Berita palsu ini sudah mula disebarkan di media sosial dan kami berharap agar mereka yang menerima khabar berita ini tidak percaya akan kes ini dan berhenti daripada menyebarkan mesej memfitnah ini.

Sekali lagi diulang, berita palsu ini berniat jahat dan memfitnah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Laman web tersebut melaporkan putera mahkota negeri Selangor di Malaysia, telah melepaskan kesemua harta benda beliau dan peluang untuk mewarisi takhta Selangor untuk berkahwin dengan model Sepanyol Cristina Gomez yang berumur 16 tahun.

Bukan sahaja itu, berita palsu ini juga menggunakan gambar Tengku Amir Shah dalam laporannya. 

Kenapa harus menyebarkan berita jahat seperti ini di bulan suci Ramadhan, lagi-lagi masa umat Islam negara hendak menyambut Aidilfitri. 

Kita tunggu NGO Islam atau mana-mana pihak yang berkaitan buat laporan polis bagi menyiasat kes ini.