Rabu, 16 Julai 2014

Amukan Gadis Peugeot 208 No Plat CDM25


Anugerah "Road Bully Of The Year" jatuh kepada cik kak CDM25, pemilik kereta Peugeot 208.


Video gadis yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki cina tua menjadi viral dan trending di media sosial sekarang.


Kejadian kemalangan ini berlaku di Kuantan dan dirakam oleh seorang saksi kejadian. Selepas itu ia disebarkan oleh anak lelaki cina tua tersebut kerana tidak puas hati bapanya diperlakukan sebegitu.


Tindakan gadis yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya bukan sahaja menggangu aliran jalan raya dan menyebabkan kesesakan tetapi juga mengundang komen negatif pengguna media sosial.

Kenapa?
  • kerosakan kecil (perlanggaran "bumper to bumper", bukan "total loss" pun)
  • tidak menghormati bulan Ramadhan
  • tidak menunjukkan keperibadian seorang Islam
  • kesalahan tidak menghormati dan memaki hamun orang tua 
  • kesalahan menyerang orang tua dengan senjata tumpul
Kita semua pemilik kenderaan tahu bahawa kemalangan boleh berlaku dimana-mana. Kesalahan boleh disebabkan oleh mana-mana pihak.

Jika berlaku kemalangan, sila bawa bertenang. Keluar dan berbincang. Buat laporan polis dan buat tuntutan insuran kereta.

Jika salah seorang tidak mahu buat laporan polis dan sanggup membayar bagi kerosakan dibengkel pilihan, terpulanglah untuk terima. Tetapi saya sendiri sudah berapa kali ditipu oleh pihak yang satu lagi. Cara terbaik adalah buat laporan polis dan buat tuntutan insuran kereta. Lakukan segera dalam tempoh 24jam selepas kejadian.

Jika kesalahan bukan berada pada pihak kita, tiada potongan diskaun NCD. Cuma bayar duit untuk dapatkan salinan laporan polis yang sah untuk rujukan syarikat insuran.

Saksikan amukan gadis Peugeot 208 CDM25 di bawah jika anda masih belum tengok video viral ini:



Ini pula adalah koleksi MEME mengenai insiden amukan gadis Peugeot 208 CDM25.








Berhati-hati mulai sekarang ini. Tindakan anda mungkin dirakam.

Tak pasal-pasal jadi terkenal kerana benda yang negatif.