Khamis, 17 Julai 2014

Gambar Batu Pahat Mall di Johor Retak


Gambar keretakan pada bangunan BP Mall menjadi viral di media sosial. Komen penjual di pasaraya dan penduduk sekitar adalah tapak pasaraya tersebut merupakan kawasan banjir kilat.

Bila hujan lebat sahaja air sudah naik. Mungkin kerana itu struktur tanahnya sudah tidak kuat.

Diharap pihak berkuasa tempatan dapat pergi membuat siasatan sebelum terjadi tragedi kemalangan yang lebih dasyat seperti dinegara luar.

Kerosakan yang agak serius ini masih boleh diperbaiki oleh pihak pengurusan pasaraya.



Suasana panik di BP Mall selepas keretakan pada lantai bangunan.


Selepas kejadian kelihatan seorang pegawai pengurusan pasaraya menyelia tapak kejadian.


Gambar keretakan yang lebih jelas.


Punca keretakan disiasat.


Keretakan disyaki berpunca daripada tiang ini.


Anda boleh lihat sendiri keadaan tiang yang sudah retak di bahagian parkir bawah tanah.

Oleh itu orang ramai perlu berhati-hati apabila pergi membeli-belah di pasaraya Batu Pahat Mall. Sila baca dan ikuti arahan pihak pengurusan semasa proses baik pulih struktur tiang.

Sekian, terima kasih.