Isnin, 21 Julai 2014

Fesyen Baru Baju Raya Untuk Aidilfitri Tahun 2014


Sudah beli baju raya? Ini sudah masuk minggu terakhir Ramadhan, tetapi ramai orang masih belum beli baju raya. Mana yang sudah tempah baju raya, dalam minggu ini patut siap baju raya tu. Kalau tukang jahit beri seribu satu macam alasan, mungkin sudah tiba masanya anda kena keluar cari baju raya backup, lagi-lagi jikalau baju melayu tahun lepas rosak, koyak, hilang atau tidak muat lagi.

Penduduk kota pasti akan tunggu malam terakhir sebelum beli baju raya di Jalan Tunku Abdul Rahman. Masa itu harga memang murah tak ingat. Selepas jam 12 malam, penjual semua akan tolak pada harga kos.

Bagi mereka yang suka berfesyen dan soal duit tidak menjadi halangan. Jom tengok fesyen baju raya baru untuk sambutan Aidilfitri tahun 2014 ini.


Baju melayu Aaron Aziz. Tolonglah beli baju melayu Aaron Aziz yang original. Kenapa perlu beli yang tiruan atau ciplak. Nak beli? Boleh tuju kedai Jackel terdekat. Kalau beli baju melayu Aaron Aziz, kena beli sekali sampin kain songket baru nampak segak.



Satu lagi fesyen baju melayu yang naik tahun ini adalah baju melayu kain pelikat. Fesyen baju melayu kain pelikat ini datang daripada Bandung, Indonesia. Kalau bosan pakai baju melayu kosong, boleh pilih baju melayu kain pelikat mengikut warna dan corak pilihan. Nak cari baju melayu kain pelikat yang sedondon untuk keluarga pun ada dijual.


Bagaimana pula dengan tudung raya? Nasihatlah isteri-isteri anda untuk beli tudung muslimah sebenar. Kalau isteri buka aurat, anda sebagai suami yang tanggung dosa. Kenapa perlu nak bermegah dengan orang yang isteri anda cantik tetapi tidak menutup aurat. Sekarang ni pun sudah ramai artis yang sudah berubah arah dan membuat pilihan mengenakan baju muslimah yang lengkap.

Tudung Siti Nurhaliza oleh butik Arianni nampak menarik dan pastinya menutup aurat.

Bukan  sahaja menutup aurat, malah tudung ini nampak lebih elegan. Warnanya harmoni dan nampak moden.

Tudung bertingkat dan warna-warni seperti lolipop dan pelangi adalah fesyen tahun lepas rasanya.

Hukum Pakai Baju Raya


Apa hukum pakai baju raya baru?

Sunat, dapat pahala tu. Kalau tidak mahu bogel di padang mahsyar, boleh sedekahkan baju baru kepada golongan miskin hari raya ini.

Jom tonton video Ustaz Azhar Idrus berikut untuk penjelasan lanjut.





Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.