Ahad, 6 Julai 2014

Remaja 14 Tahun Putus Jari Mangsa Mercun Pertama Ramadhan Tahun 2014


Dua orang remaja tidak serik bermain mercun yang diharamkan kerajaan iaitu mercun bola dan mendapat balasan setimpal. Mangsa mercun pertama bagi Ramadhan tahun 2014 ini adalah 2 orang remaja berumur 14 tahun dan 13 tahun.

Remaja berusia 14 tahun menjadi mangsa mercun selepas putus tiga jari kanan dan cedera mata kanan akibat terkena serpihan mercun botol ketika bermain mercun bersama rakannya di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang, petang Jumaat lalu.

Rakannya berumur 13 tahun pula melecur muka dan badan akibat letupan mercun bola.

Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Idham Syafiq Mohd Taha yang dipercayai terkena serpihan mercun itu ketika dia menyalakan sumbu menggunakan tangan kiri manakala tangan kanannya memegang mercun berkenaan.




Menurut Mohd Idham, belum sempat dia membaling mercun berkenaan ia meletup secara tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan tangannya cedera disamping turut terkena pipi dan mata kanannya.

"Saya menjerit kesakitan. Salah seorang rakan yang turut bermain mercun bersama saya membawa saya ke hospital Pasir Mas untuk menerima rawatan.

"Memang saya amat menyesal dengan tindakan saya ini.

Katanya lagi, dia berharap orang ramai jangan ikut perasaan dan rasa seronok kerana akibatnya diri sendiri yang merana.



Terdahalu, Mohd Idham menerima kunjungan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim yang kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), hari ini

Sumber berita:  Harian Metro
Sumber gambar: Harian Metro, Sinar Harian