Khamis, 24 Julai 2014

Rusuhan Kaum Di Ipoh Perak Adalah Berita Palsu


PENAFIAN KEJADIAN PERGADUHAN ANTARA KAUM DI BUNTONG, IPOH

Berikutan penyebaran maklumat di media sosial mengenai kejadian pergaduhan antara kaum yang dikatakan berlaku di Buntong, Ipoh. Pihak polis ingin menegaskan bahawa tiada kejadian seumpama ini berlaku.

Keadaan bandaraya Ipoh adalah aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti di sekitar bandar Ipoh.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam.

Tindakan penyebaran maklumat tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Senior DCP Dato` Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani
Ketua Polis Perak
IBU PEJABAT KONTINJEN PERAK-23 JULAI 2014