Isnin, 14 Julai 2014

Jualan Xiaomi Mi 3 dan Redmi 1S Pada 15/7/2014




Jika anda sedang mencari smartfon baru yang mampu milik untuk sambutan Hari Raya tahun ini, inilah masanya.

Pada esok hari, bersamaan 15 Julai 2014, tepat jam 12 tengahari jualan Mi 3 and Redmi 1S akan  dibuka.

Seperti sebelum ini, jangan tunggu lama, seminit selepas jam 12 sahaja orang ramai dah mula masuk dan borong. Kalau anda tunggu lama-lama nanti semua unit kehabisan.

Kami bukan tokok tambah, tetapi gajet ini semua laku macam goreng pisang kerana harganya yang mampu milik dalam kategori smartfon tersebut.




Selain itu akan ada 10,000 unit 10400 mAh Mi Power Bank dan 5,000 unit 5200 Mi Power Bank untuk dijual.

Jangan lepaskan peluang ini.