Rabu, 7 Mei 2014

Ustaz Azhar Idrus Ceramah di Dewan Futsal


Jangan terkejut!

Ustaz Azhar Idrus ni serba boleh!

Selain ahli agama, beliau juga boleh berlakon dan menyanyi. Yang terbaru, beliau menjadi penjaga gol jemputan di Kampung Butut Kuala Berang.



Berikutan larangan mengadakan kuliah maghrib oleh pihak berkuasa masjid Kampung Butut Kuala Berang pada 6/5/2014, maka penganjur telah memindahkan aktiviti agama tersebut  ke dewan futsal Kampung Butut.

Apa sebab Ustaz Azhar Idrus dihalang untuk mengimamkan solat di  Kampung Butut Kuala Berang pun kita tidak tahu. Ceramah beliau tidak berbaur politik pun, malah dapat menarik minat orang muda datang ke masjid.

Kalau di lembah Klang ni, berebut-rebut orang datang nak dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Tetapi lain pula di Kampung Butut Kuala Berang. Pelik sungguh. Kenapa ya?

Apa-apa pun mari kita lihat kesudahan insiden tersebut.


Allah maha besar! Allah maha besar! Allah maha besar!