Selasa, 6 Mei 2014

Aziz Sattar Bujang Lapok Meninggal Dunia


Seniman lagenda, Datuk Abdul Aziz Sattar berumur 89 tahun meninggal dunia di Hospital Kajang pagi ini 6/5/2014.

Beliau yang sentiasa diingati dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul dua pagi.

Antara lakonan Allahyarham ialah Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.

Aziz Sattar telahpun menyahut panggilan rahmatullah bersama geng trio bujang lapok yang lain.

Aziz Sattar akan sentiasa dalam kenangan kita.

Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga.

Jumaat, 2 Mei 2014

KLIA2 Mula Operasi 2 Mei 2014

KLIA2 mula beroperasi awal pagi tadi dengan penerbangan pertama Malindo Air flight OD1027 daripada Kota Kinabalu mendarat dengan selamat pada jam 12.05am


Dengan ini skybridge baru KLIA2 telah digunakan dengan rasminya oleh penumpang bertuah Malindo Air flight OD1027.


Lapangan terbang LCCT yang baru ini diharap dapat menyelesaikan masalah kesesakkan LCCT yang lama. Sudah tiba masanya Air Asia mendapat tempat di rakyat Malaysia.

Kesian selama ini Air Asia dianaktirikan oleh kerajaan Malaysia kerana golongan berkuasa tertentu yang memberi keutamaan kepada anak emas MAS. Lapangan terbang LCCT pun macam stesen bas Puduraya yang lama, operasi daripada gudang dan stor kontena lama.

Kini tidak lagi, tengok sahaja keindahan KLIA2, baru selesa nak naik kapal terbang.

Ruang moden yang besar dan selesa untuk menunggu


Jadual ketibaan di setiap pelusuk lapang terbang 


Kaunter autogate passport untuk mereka yang menggunakan passport chip baru


Pintu pelepasan antarabangsa KLIA2


 Skybridge KLIA2

Jadi tunggu apa lagi,  jom melancong ke luar negara dengan tiket tambang murah.

Perhimpunan Rakyat Bantah GST

Ini adalah poster-poster kempen bantah GST...







Ini pula gambar-gambar aerial view sempena perhimpunan rakyat bantah GST di Dataran Merdeka pada 1 Mei 2014 semalam.




Walaupun kerajaan masih akan melancarkan GST pada April 2015 tahun depan, rakyat sudah berjaya menunjukkan yang ia tidak bersetuju dengan langkah ini. Perhimpunan aman ini dikira berjaya dihati rakyat Malaysia.