Jumaat, 18 Julai 2014
Hamba Allah Derma Gelang Emas Kepada Tabung Aman Palestine
Keprihatinan rakyat Malaysia kepada penderitaan dan perjuangan rakyat Islam di Palestine adalah aman bagus sekali.
Rata-rata penduduk menderma samada melalui tabung di masjid, terus ke bank akaun dan juga melalui khidmat SMS. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, sekadar berdoa dan membuat solat hajat sudah memadai.
Ini ada satu kes yang agak pelik tetapi mulia. Kesucian dan keihklasan hati seorang penderma ini menyumbangkan seutas gelang emas kesayangannya yang dihantar menggunakan khidmat PosLaju ke pejabat Aman Palestin.
Sumbangan beliau wajar dipuji. Namun, Pos Malaysia mengingatkan kita bahawa barang kemas dan emas adalah antara item yang dilarang untuk pengeposan.
Semoga amalan beliau ini diterima Allah.
Nahas Pesawat MAS MH17 Di Tembak Di Timur Ukraine
Satu lagi tragedi mengejutkan negara apabila Malaysia Airlines (MAS) mengalami satu lagi kemalangan pesawat selepas MH17 dilaporkan terhempas di Ukraine.
Berita terkini oleh media asing melaporkan MH17 "ditembak jatuh" ketika ia berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Pesawat MH17 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Empat bulan sebelum ini pesawatnya MH370 yang membawa 239 penumpang, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac.
Usaha mencari pesawat itu masih berjalan, bagaimanapun hingga sekarang, serpihan pesawat itu gagal ditemui.
Dalam reaksi segera, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi tweetnya "terkejut mendengar laporan pesawat MAS terhempas, dan mengarahkan siasatan segera dijalankan."
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin ketika dihubungi Bernama berkata Wisma Putra sedang bekerjasama dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan tragedi itu.
MAS dalam satu kenyataan mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan MH17 pada 1415 (GMT) 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
Syarikat pengeluar pesawat, Boeing berkata ia bersedia memberi apa jua bantuan yang diminta oleh pihak berkuasa berhubung MH17.
"Doa kami adalah bersama mereka yang berada dalam pesawat Malaysia Airlines yang hilang di ruang udara Ukraine serta keluarga mereka dan orang tersayang," kata Boeing dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari Seattle Khamis.
Portal kerajaan Ukraine http://www.kmu.gov.ua/ menyatakan pada Rabu situasi di sempadan Ukraine-Rusia masih tegang.
"Pengawal sempadan meneruskan tugas berdasarkan pelan am ATO. Tentera upahan Rusia dan pengganas saling berbalas tembakan," menurut laman web itu.
295 penumpang dipercayai mati dalam kes ini.
■Penumpang Pesawat MH17 bagi rakyat Belanda : 143 orang
■Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Australia : 27 orang
■Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Malaysia : 20 orang (2 bayi)
■Penumpang Pesawat MAS MH17 bagi rakyat Indonesia : 11 orang (1 bayi)
■Penumpang MAS MH17 bagi rakyat British : 6 orang
■Penumpang MAS MH17 bagi rakyat Jerman : 4 orang
■Penumpang MH17 bagi rakyat Belgium : 3 orang
■Penumpang MH17 bagi rakyat Filipina : 3 orang
■Penumpang MH17 bagi rakyat Kanada : 1 orang
■Penumpang MH17 bagi rakyat Amerika syarikat : 23 orang
■Tidak diketahui : 39 orang
■Jumlah warga Malaysia 35
■Jumlah Penumpang : 280 orang
■Kru teknikal MAS MH17 : 4 lelaki
■Kru kabin MAS MH17 : 11 (3 lelaki / 8 wanita)
Senarai Penumpang MH17 Malaysia Airlines : Nama Juruterbang Pramugara, Pramugari MAS & Penumpang
1.Kapten Wan Amran Bin Wan Hussin
2.Kapten Choo Jin Leong Eugene
3.Ahmad Hakimi Bin Hanafi
4.Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim
5.Mohd Ghafar Bin Abu Bakar
6.Dora Shahila Bin Kassim
7.Azrina Binti Yakob
8.Lee Hui Pin
9.Mastura Binti Mustapa
10.Chong Yee Pheng
11.Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood
12.Sanjid Singh Sandhu
13.Hamfazlin Sham
14.Nur Shazana binti Mohamed Salleh
15.Angeline Premila Rajandaran
Sumber: Bernama, http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Airlines_Flight_17
Khamis, 17 Julai 2014
Gambar Batu Pahat Mall di Johor Retak
Gambar keretakan pada bangunan BP Mall menjadi viral di media sosial. Komen penjual di pasaraya dan penduduk sekitar adalah tapak pasaraya tersebut merupakan kawasan banjir kilat.
Bila hujan lebat sahaja air sudah naik. Mungkin kerana itu struktur tanahnya sudah tidak kuat.
Diharap pihak berkuasa tempatan dapat pergi membuat siasatan sebelum terjadi tragedi kemalangan yang lebih dasyat seperti dinegara luar.
Kerosakan yang agak serius ini masih boleh diperbaiki oleh pihak pengurusan pasaraya.
Suasana panik di BP Mall selepas keretakan pada lantai bangunan.
Selepas kejadian kelihatan seorang pegawai pengurusan pasaraya menyelia tapak kejadian.
Gambar keretakan yang lebih jelas.
Punca keretakan disiasat.
Keretakan disyaki berpunca daripada tiang ini.
Anda boleh lihat sendiri keadaan tiang yang sudah retak di bahagian parkir bawah tanah.
Oleh itu orang ramai perlu berhati-hati apabila pergi membeli-belah di pasaraya Batu Pahat Mall. Sila baca dan ikuti arahan pihak pengurusan semasa proses baik pulih struktur tiang.
Sekian, terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)