Selasa, 1 Julai 2014

New Zealand Dedah Dokumen Bercanggah Dengan Kenyataan Malaysia

 

Susulan kes serangan seksual diplomat Malaysia sebelum ini.

New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.

Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.

Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.

Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10 Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.



“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.



“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu.

Dokumen itu didedahkan hari ini, atas permintaan Fairfax Media, di bawah undang-undang kebebasan maklumat New Zealand.



Sumber: MalaysiaKini

Spiderman Malaysia Panjat Bangunan 1 Sentrum di Brickfields


Pada 29hb Jun 2014, seorang lelaki warga tempatan melakukan aksi Spiderman memanjat bangunan 36 tingkat iaitu bangunan 1 Sentrum di Brickfields.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, Keow Wee Loong berusia 26 tahun bertindak memanjat bangunan pusat komersial 1 Sentrum.


Dia ingin menjadi orang pertama memanjat bangunan tersebut selepas mendapat maklumat  Spiderman Perancis, Alain Robert mahu berbuat demikian tidak lama lagi.


Gambar ini diambil oleh rakan beliau menggunakan kamera dengan lensa telefoto. Tolong jangan tiru aksi Spiderman Malaysia ini, ia sangat berbahaya.


Gambar ini mungkin diambil dari jarak dekat masa Spiderman Malaysia baru mula panjat bangunan 1 Sentrum. Anda boleh nampak cermin bangunan di sebelah kiri dan kanan bangunan.



Spiderman Malaysia hanya memakai sandal, baju T, berseluar pendek hitam, menutup muka dengan sapu tangan, memakai beg sandang berwarna biru dan kamera lasak GoPro.


Gambar pandangan mata Spiderman Malaysia yang diambil dengan kamera GoPro. Anda boleh nampak sandal yang dipakai beliau dan pandangan menjunam kebawah. Bukan aktiviti untuk mereka yang gayat.


Ketika sampai di tingkat paling atas, Spiderman Malaysia sempat mengibarkan bendera Malaysia. Spiderman Malaysia kemudian dibawa ke Balai Polis Travers untuk siasatan lanjut dan dibenarkan pulang.


Spiderman Malaysia ditahan di bawah Seksyen 14 Akta Undang-Undang Kecil dan selepas keterangannya diambil, pihak Polis benarkan dia dijamin. Sementara itu, video serta gambar aksi Spideran Malaysia dimuat naik di akaun Facebook bernama Keow Wee Loong (UglyKiwi).



Berdasarkan status yang dipercayai dimuat naik oleh Spiderman Malaysia, dia memberitahu hanya sempat memaparkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam serta ucapan selamat kepada bekas model, Felixia Yeap yang bakal memeluk Islam pada 5 Ramadan ini ketika berada di puncak. Ucapan itu ditulis di atas dua helai kertas A4.


Spiderman Malaysia dengan pose aksi selfie maut beliau.


Seperti Spiderman Peter Parker, beliau tidak mahu orang ramai melihat wajahnya yang sebenar.


Lepak sambil whatsapp atau kemaskini facebook dengan latar belakang Kuala Lumpur yang sungguh cantik diwaktu malam.

Sekali lagi Trending Malaysia berharap anda tidak mengikut aksi-aksi Spiderman Malaysia ini. Beliau cuma patriotik dan ingin membuktikan anak Malaysia juga boleh. Cuma kawan dan keluarga yang tahu beliau siapa kerana beliau mahu privasi dengan menutup muka.

Selamat menyambut Ramadhan.

Sumber foto: Facebook UglyKiwi

Diplomat Malaysia Dituduh Serang Dengan Niat Merogol di New Zealand


Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.

Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ketika diminta mengesahkannya, memberitahu Malaysiakini dalam mesej teks bahawa sidang akhbar mengenainya akan diadakan esok.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra.

Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat kekebalan diplomatik dan telah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan pagi ini bahawa kerajaannya telah menuntut kekebalan diplomatik lelaki itu diibatalkan, tetapi telah ditolak.

Sumber:  MalaysiaKini

Sambungan artikel ini: Kerajaan New Zealand Dedah Dokumen Bercanggah Dengan Kenyataan Kerajaan Malaysia