Isnin, 9 Jun 2014

Harga Rumah Naik RM20,000 (8%) Tahun Lepas


Indeks Harga Rumah Global yang didedahkan oleh firma penyelidikan hartanah Global Knight Frank (GKF) menunjukkan, harga rumah di Malaysia naik lapan peratus untuk tempoh setahun sehingga suku pertama 2014.

Indeks yang dikeluarkan oleh firma itu merupakan maklumat yang boleh diperoleh menerusi laman sesawang Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia, yang bertanggungjawab mengeluarkan paras purata harga rumah tempatan untuk setiap suku tahun.

Lapan peratus itu diperoleh dengan membandingkan harga rumah pada suku pertama 2013 iaitu kira-kira RM256,199 sebuah, telah meningkat kepada RM276,668 sebuah pada suku pertama 2014, iaitu peningkatan sekitar RM20,000 hanya dalam tempoh setahun.

Walaupun peningkatan itu cukup tinggi bagi kebanyakkan rakyat negara ini, peningkatan RM20,000 itu adalah yang terendah sejak dua tahun sebelum ini dengan setiap tahun mengalami kenaikkan RM25,000.

Agak mustahil harga rumah akan mengalami penurunan ketara, memandangkan pemaju hartanah terpaksa menanggung kos pembinaan yang semakin tinggi.

Walaupun harga rumah mahal sekarang tetapi trend kenaikan pada kadar 8% setahun bersamaan RM20,000 adalah membimbangkan.

Sudahkah anda membeli rumah? Jika anda tangguhkan lagi pembelian rumah kerana tidak mampu dan sebagainya, maknanya anda akan menyewa sampai bila-bila.

Jika keadaan ini tidak terkawal, mungkin cucu dan cicit kita akan tinggal di kawasan perumahan setinggan kontena.

Sumber data: Utusan