Kecoh sekejap petang ini apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mula menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail.
Berita ini menjadi viral dan trending di media sosial dan besar kemungkinan kesemua pengguna terlibat, bukan sahaja pengguna TMNet.
Inilah dia skrin yang terpapar jika alamat domain itu disekat.
Trending Malaysia menyiasat dan mendapati bahawa cara sekatan yang digunakan adalah menyekat alamat domain laman sesawang yang terlibat. Sekatan DNS atau port 53 ini hanya menyekat alamat domain sahaja.
Jadi mana-mana laman sesawang yang terlibat masih boleh di akses menggunakan alamat IP, proxy, VPN atau penggunaan DNS alternatif.
Di bawah ini adalah senarai DNS alternatif percuma jika anda berminat.
Provider | Primary DNS Server | Secondary DNS Server |
---|---|---|
Level3 | 209.244.0.3 | 209.244.0.4 |
8.8.8.8 | 8.8.4.4 | |
Comodo Secure DNS | 8.26.56.26 | 8.20.247.20 |
OpenDNS Home | 208.67.222.222 | 208.67.220.220 |
DNS Advantage | 156.154.70.1 | 156.154.71.1 |
Norton ConnectSafe | 199.85.126.10 | 199.85.127.10 |
GreenTeamDNS | 81.218.119.11 | 209.88.198.133 |
SafeDNS | 195.46.39.39 | 195.46.39.40 |
OpenNIC | 216.87.84.211 | 23.90.4.6 |
Public-Root | 199.5.157.131 | 208.71.35.137 |
SmartViper | 208.76.50.50 | 208.76.51.51 |
Dyn | 216.146.35.35 | 216.146.36.36 |
censurfridns.dk | 89.233.43.71 | 89.104.194.142 |
Trending Malaysia tidak menyokong sebarang aktiviti perkongsian fail secara haram. Oleh itu kami berharap anda semua menggunakan servis percuma ini secara berhemah.
Sekian terima kasih.