Selasa, 10 Jun 2014

Bihun Cap Masjid Tiada Sijil Halal Jakim


'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.


Logo halal yang tidak sah dan tidak di iktiraf JAKIM



Logo halal JAKIM

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.


Inilah gambar depan kilang bihun cap masjid



Bahagian dalam kilang yang kotor lagi jijik. Adakah ini sumber air bancuhan bihun? 



Bahagian adunan tepung beras yang sama kotor dan meloyakan



 Pekerja yang tidak berbaju dan sedang khusyuk membungkus bihun cap masjid

Orang ramai mengecam syarikat bukan Islam ini yang menggunakan cap atau logo gambar masjid bagi menggaburi mata pengguna Islam.

Secara psikologi, apabila orang melayu Islam yang melihat logo masjid pada apa-apa produk, akan membuat kesimpulan bahawa ia adalah produk IKS orang kampung yang halal.

Bagi mereka yang masih ingin mencari logo halal atas bungkusan, akan nampak satu cap logo halal tetapi bukan yang diiktiraf JAKIM. Senang cakap logo main cop sendiri.

Apalah nasib orang Islam yang tinggal di negara Malaysia yang mempunyai agama rasmi Islam. Tidakkah ini akan menimbulkan was-was kepada pengguna Islam apabila hendak menjamu selera?

Jika kita tidak beli bihun cap masjid ini sekalipun, bagaimana pula dengan restoran melayu dan mamak diluar sana? Kalau makan di kopitiam lagilah tidak heran produk halal haram semua ini.

Sumber: Sinar Harian