Selasa, 15 Julai 2014

Gambar Kilang Roti Sunshine Yang Jijik Di Ipoh


Kini satu lagi berita dan gambar kilang yang jijik beredar di media sosial secara viral dan menjadi trending. Kilang tersebut dikhabarkan adalah kilang roti Sunshine yang jijik di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak. 

Betul ke tidak, geng Trending Malaysia tidak pasti tetapi melalui gambar pertama di atas, kita boleh nampak dengan jelas lori-lori syarikat Sunshine tersusun depan kilang.



Kami rasa sudah sampai masanya kesemua kilang makanan yang besar begini di wajibkan untuk mendapatkan sijil GMP (good manufacturing practice) bagi menjaminkan kebersihan dan keselamatan persekitaran tempat penyediaan makanan.


Keselamatan makanan mementingkan pengendalian, penyediaan, dan penyimpanan makanan dengan cara yang sesuai bagi menghalang penyakit bawaan makanan. Ini termasuk beberapa rutin yang perlu diikuti oleh pemegang sijil GMP bagi mengelakkan bahaya keracunan makanan.


Dalam mengejar keuntungan perniagaan, kerajaan perlu memupuk amalan kesedaran kepada pihak pengeluar makanan, menghormati pemikiran pengguna bahawa makanan harus selamat di pasaran dan kebimbangan lain pengguna mengenai tahap kebersihan dan kesucian makanan yang dikeluarkan. Jika persekitaran adalah kotor begini, pengguna juga hairan bagaimana sijil halal boleh diberi.


Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mewajibkan kilang-kilang makanan ini memohon sijil ISO 22000. Ia adalah satu standard yang dibangunkan oleh Pertubuhan Antarabangsa dan khusus untuk keselamatan makanan. 


Bagaimanakah kilang yang jijik dan kotor begini masih boleh beroperasi dan terus menghasilkan makanan untuk pasaran pengguna Malaysia yang majoritinya adalah umat Islam.


Itu adalah satu tanda tanya yang besar. Sudah pasti penyebaran gambar ini juga adalah melalui orang dalam, mungkin kerana tidak puas hati dengan syarikat.

Janganlah tunggu sampai bila ada isu dengan syarikat baru nak bongkar rahsia. Jika anda bekerja dengan syarikat begini selama ini, anda juga bersubahat.


Sekarang kita tunggu sampai kes ini menjadi lebih panas supaya wartawan ceduk masuk akhbar utama dan pihak berkuasa keluar pejabat untuk menyiasat.