Isnin, 7 Julai 2014

Karipap Angin Teknik Penjual Bazaar Ramadhan Nak Kaut Untung Berlebihan


Apa dia juadah paling ringkas yang gerenti orang beli untuk berbuka puasa? Tentulah karipap. Semua orang makan karipap. Tidak kira karipap isi daging, kentang atau sardin.

Juadah karipap ini juga biasanya orang beli secara pukal atau borong untuk disedekahkan kepada jemaah yang iftar di surau atau masjid.

Cuba bayangkan anda beli karipap dan dapati isinya kosong, tiada inti! Sekali pandang memang karipap itu gemuk dan kembung cantik tetapi tidak ada isi.

Kenapalah penjual boleh, malah sanggup melakukan penipuan dengan cara ini, lagi-lagi di bulan Ramadhan. Rezeki yang diterima itu halalkah jika pembeli sumpah seranah anda sepanjang malam.

Ini adalah bukti kegiatan ini berlaku di bazaar Ramadhan di Malaysia. Ia bukan cerita kosong atau khabar angin. Berita karipap angin ini juga sudah menjadi viral dan trending di media sosial, terima kasih kepada cik Anna kerana kongsikan bukti karipap angin ini.



Jika perhatikan betul-betul cuma ada secolek inti dalam karipap ini. Tetapi saya yakin ramai yang pernah dapat isi kosong terus, tanpa isi kentang, sardin ataupun daging.


Ini gambar karipap angin dengan lebih jelas. Nak kata inti ada 20% pun tak sampai.


Kalau kita dapat sebiji sahaja karipap angin, mungkin penjual tidak sengaja tetapi kalau kesemua karipap macam ini, sudah jelas kes menipu. Boleh nampak dengan terang karipap ini inti dia angin semata-mata.

Berapa agaknya kos untuk membuat karipap angin ini? Berapa pula untung penjual? Kalau sebiji jual 50 sen dah berapa untung tu dia kaut sehari? Aduhai manusia...

Tolong sebarkan kes karipap angin dan berhati-hati apabila beli karipap mulai sekarang ini? Bila nak beli kena tanya dulu, karipap ini inti apa?
  • daging
  • kentang
  • sardin
  • angin
Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.