Jumaat, 6 Jun 2014

Bakal Orang Terkaya di Malaysia atau Dunia


Bertingkek-tingkek duit ringgit Malaysia (RM50) dan jongkong emas.

 

Bergambar kenangan dengan duit tadi. Amboi siap gigit jongkong emas nak buktikan betul.



Tu dia duit tinggi berbukit. Kali ini bergambar kenangan dengan nota seratus ringgit Malaysia (RM100) pula.


Bergambar kenangan dengan kereta mewah pula. Tidak sah kalau tak sertakan dengan model dahi licin.



Papan iklan billboard besar di jambatan Pulau Pinang. Gambar macam pengacara "Who Wants To Be A Millionaire?"


Papan tanda billboard besar di Johor Bahru. Gambar dah macam Jutawan 2 Alam Dr Rozmey pula. Kena saman kang tiru gaya orang lain.



 Seperti yang anda telah syaki, Encik Zhang Jian di atas adalah ahli terbaru dalam kelab jutawan labu peram di Malaysia. Antara ahli VIP lain yang terkenal dalam kelab "Skim Cepat Kaya" ini adalah Pak Man Telo.

Oh melayu, senang kena tipu. Cepat-cepatlah matang dan sedar bahawa semua ini hanyalah skim piramid. Yang kaya adalah penganjur, Encik Zhang Jian. Nanti dapat duit beratus juta lemon, dia pun lesap entah ke mana di luar negara.