Rabu, 18 Jun 2014

Jangan Ikut Trend Selfie Maut


Astaga! Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ini? Bulan lepas kita sudah nampak penyebaran beberapa keping gambar instagram remaja daripada negara barat dengan aksi selfie maut panjat bangunan dan menara.

Kerana ingin meraih populariti mereka sanggup membuat apa sahaja. Inilah dia kebanggaan remaja generasi Y. Nampak gaya trend selfie maut itu sudah mula menular masuk ke negara kita. Trend selfie maut atas bangunan ini sangat berbahaya.



Lihat sahaja gaya dan aksi berani mati gadis melayu ini. Berjalan di lereng bangunan semata-mata untuk mendapatkan shot selfie maut.



Trending Malaysia berharap budaya menggunakan monopod dan daredevil selfie maut ini tidak menjadi ikutan remaja lain di Malaysia.



Kita semua tahu apa kisah yang akan menyusul selepas trend selfie maut ini menjadi ikutan remaja.



 Kes kematian remaja Malaysia jatuh bangunan tersiar di muka depan akhbar dan TV.



Ingatlah keluarga tersayang. Nyawa anda itu lagi berharga daripada populariti.


Trending Malaysia berharap muda mudi jangan ikuti trend selfie maut atas bangunan ini. Ia sangat bahaya dan boleh meragut nyawa anda.

Ada banyak lagi cara lain untuk mendapatkan shot menarik dan unik. Anda boleh gunakan kreativiti anda sendiri tanpa membahayakan nyawa sendiri memanjat bangunan dan menara yang tinggi-tinggi.

Ya Allah selamatkanlah bangsaku ini.