Rabu, 11 Jun 2014

Geng Pencuri Alat Ganti Kereta Tumpas


Anda pemilik Alza, Myvi atau Viva? Hati-hati dengan geng pencuri alat ganti kereta Perodua ini. Kereta anda mungkin togel dikerjakan mereka dalam masa 5 minit sahaja.

Kereta Myvi atau Viva anda pernah kena korek sampai togel? Mungkin inilah dia dua orang pencuri alat ganti kereta Myvi atau Viva yang bekerja keras di lembah Klang.



Sasaran geng 2 orang ini adalah mencari Myvi atau Viva yang di parkir di tempat sunyi.



Biasa kerja dilakukan waktu malam atau awal pagi kerana tidak ada orang tengok dan kacau.



Dah habis togel dia cabut bumper, hood dan kekadang cermin kereta sekali.


Biasanya barang yang dikebas akan ditolak ke kedai potong. 

Kerana itu barang boleh dapat murah di kedai potong. Jika anda beli yang murah daripada harga pasaran, maknanya anda menolong dan menggalakkan geng pencuri alat ganti kereta ini.

Walaupun 2 orang pencuri alat ganti kereta ini kena tangkap, masih ramai yang berleluasa. Modus operandi tetap sama.

Tumpas 2 orang pencuri ini, ada 4 orang lagi muncul mengganti tempat. Semua bekas pekerja bengkel yang dah cekap dan biasa buat kerja. Tak sampai 5 minit habis 1 biji kereta kena togel. Lagi cepat daripada togelkan bulu ayam lepas sembelih.

Awas! Jangan main parkir sebarangan. Alarm standard Perodua tidak akan berbunyi. Kena pasang alarm kereta tambahan yang mengesan gegaran baru berbunyi.

Semoga anda tidak menjadi mangsa mereka.