Khamis, 19 Jun 2014

Ada Babi Dalam Kiub Knorr?


Lagi berita mengenai produk tidak halal tersebar di media sosial. Trend penyebaran maklumat produk yang mempunya kandungan babi atau tidak was-was menjadi-jadi semenjak kes Cadbury baru-baru ini.

Bermacam jenis produk dan kedai serta restoran yang dibincangkan. Ada yang betul dan ada yang tidak. Kesian pihak JAKIM kena bekerja keras menyiasat kesemua tuduhan dan kes yang timbul.

 Apakah motif sebenar si penyebar berita ini? Banyak persoalan yang timbul:
  • memfitnah syarikat Knorr bagi menjatuhkan jualan syarikat
  • adakah ia kerja pesaing?
  • budak nakal sahaja suka mereka cipta berita palsu supaya menjadi sensasi dan viral
Sudah sah bahawa gambar yang diambil bukan kerja Photoshop. Ia adalah produk sebenar yang dikeluarkan khas untuk pasaran luar negara. Kilangnya pun bukan di dalam Malaysia.

Penyebar mungkin terjumpa gambar kiub babi Knorr semasa mencari bahan mengenai cadbury tidak lama dulu. Selepas itu dia pun memikirkan cara untuk menjadi popular. Mungkin juga dia tidak beniat apa-apa dan hanya ingin membantu tetapi cetek akal pemikiran. Jika anda turut serta share fitnah ini, anda sudah dapat sedikit sebanyak kongsian dosa fitnah.

Yang menjadi tanda tanya kenapa si penyebar tidak beritahu di mana dia beli? Tidak pernah lagi geng Trending Malaysia terserempak dengan kiub babi ini di mana-mana pasaraya atau kedai runcit di Malaysia.

Nampak sangat ada yang tidak kena. Oleh itu jangan percaya dengan semua maklumat Facebook buta-buta. Siasat dahulu. Jika ragu-ragu boleh terus hantar surat atau e-mail kepada pihak JAKIM.



Trending Malaysia berharap kenyataan rasmi JAKIM diatas dapat mencerahkan keadaan sebenar. Terima kasih kepada pihak JAKIM kerana cepat bertindak dalam kes kiub babi Knorr ini.

Apa-apapun isu Cadbury masih kurang menyakinkan.