Jumaat, 6 Jun 2014

Nasi Kandar Lauk Mata Kail


Makanan kegemaran tengahari rakyat Malaysia adalah nasi kandar kerana servis cepat dan lauk pun sedap ikut selera kita. Tetapi jika ketika menjamu selera, anda terjumpa mata kail, apa nak buat?

Mata kail saiz besar yang dijumpai dalam lauk kepala ikan di restoran nasi kandar terkenal di pantai timur tanah air.

Pandangan depan restoran nasi kandar yang terkenal di Kuantan

Macam-macam boleh jadi ketika kita menjamah nasi. Nasib baik pemuda ini tidak mengalami apa-apa kecelakaan. Kalau tidak berita lain yang keluar akhbar Harian Metro esok hari. Tetapi kes ini hanya disebar di media sosial sahaja.

Oleh itu, jangan lupa baca bismillah dan doa makan. Semoga kita dijauhi daripada kes-kes seperti ini.