Rabu, 4 Jun 2014

HyppTV Tidak Boleh Siar FIFA World Cup 2014



Berita paling buruk untuk mereka yang nak tengok FIFA World Cup 2014!

Adakah anda:
  • langgan Unifi HyppTV
  • upgrade atau naik taraf pakej HyppTV
 ...semata-mata kerana nak tengok acara perlawanan bolasepak secara siaran langsung di HyppTV?

Sangat malang nasib anda.

Kenapa?

RTM yang mendapat hak penayangan FIFA World Cup 2014. Jadi jika anda tekan butang 1 atau 2 pada alat kawalan jauh TV anda pun, anda masih tidak dapat tengok. Skrin yang terpampang adalah skrin kena sekat seperti di bawah.


"Rancangan asal tidak dapat disiar kerana tiada hak penyiaran"

Ini memang boleh mendatangkan amarah!

Semua pelanggan HyppTV sudah pasti terima surat di bawah.

  

Mana yang sakit hati mesti nak downgrade semula akaun. Mana tak hangat hati. Ambil pakej 10mbps + HyppTV dengan sports channel hanya untuk tonton FIFA World Cup 2014 dan bukannya sogokkan 28 filem tempatan di channel 888.

Lepas ni ramailah yang buka stor cari tv lama dengan antenna para'bola' dalam rumah. 

Guna TV CRT Sony Trinitron 29" pun boleh tengok World Cup. Buat apa nak langgan HyppTV?