Selasa, 17 Jun 2014

Video & Gambar Nyonya Tak Puas Hati Kena Saman


Ops Warta yang bermula semalam menyaksikan beberapa kes yang menarik sana sini di Malaysia. Salah satu kes tersebut adalah rakaman video yang dimuat naik oleh saudara Daniel Tan.


Mengikut facebook beliau, selepas makan tengahari dan dalam perjalanan balik ke pejabat, beliau telah ditahan oleh seorang nyona.

Sedikit terkejut kerana bukan polis trafik yang menahan, tetapi nyonya yang macam kurang waras berdiri ditengah jalan raya yang menahan kereta Proton Satria Neo beliau.

Apa-apapun beliau memperlahankan kereta dan berhenti ke tepi. Apa cerita seterusnya, lebih baik anda saksikan video di bawah, ada 2 bahagian.

Bahagian 1




Bahagian 2




Rata-rata orang ramai geli hati dengan perangai nyonya pemilik MPV Alphard yang meroyan ini. Hanya kerana dia kena saman, dia nak tarik pengguna jalan raya lain supaya kena saman sama-sama. Kalau boleh seluruh rakyat Malaysia ini kena saman juga.

"Sama-sama mati".

Takkan nak bayar saman RM300 pun tak mampu. Boleh pula bawa Alphard. Sungguh geli hati dengan perangai sesetengah pengguna jalan raya zaman sekarang ini.

Cara orang lain sebenarnya ambil saman, minta maaf dan beredar pergi. Tidak perlu nak kecoh-kecoh dan libatkan orang lain.

Berani buat salah, berani tanggung.

Ini dia spesifikasi nombor pendaftaran kereta jika anda berminat nak tahu.