Selasa, 1 Julai 2014

Tren Keretapi MRT Sudah Tiba di Malaysia


Bagi penduduk lembah Klang, projek MRT ini adalah sesuatu yang fizikal, nyata dan berlaku di depan mata mereka setiap hari. Kenapa? Kerana mereka perlu menempuhi kesesakkan trafik setiap hari akibat perjalanan projek MRT di sepanjang jalan utama bandaraya. Tiang-tiang laluan tren tersergam di sepanjang jalan dan lebuh raya.

Bukan sahaja kita perlu bersabar setiap pagi dan petang menempuhi jem yang tiada kesudahan, malah kita perlu menyabung nyawa apabila melalui kawasan bawah jambatan dan kren pebinaan projek MRT. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kemalangan MRT kali ketiga sepanjang projek MRT ini berlangsung.

Oleh itu ketibaan gerabak-gerabak tren MRT di pelabuhan Kelang baru-baru ini memberi kita satu gambaran positif bahawa segala masalah ini akan berakhir tidak lama lagi. Penduduk lembah Klang perlu bersabar sedikit sahaja lagi kerana sudah ada harapan cerah projek ini akan selesai mengikut jangka masa yang ditetapkan, tidak seperti projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang asyik tertangguh ke hujung tahun, setiap tahun. Bila nak siap?


Ini dia senarai stesen MRT yang bermula di Sungai Buloh dan berakhir di Kajang. Sila klik untuk perbesarkan gambar.


Ketibaan badan gerabak tren MRT yang pertama di perlabuhan Kelang.


Gerabak tren MRT diturunkan dengan perlahan dan cermat ke atas lori berkuasa tinggi.


Kelihatan gerabak-gerabak tren MRT yang sudah diturunkan.

Syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Saya pasti pihak kontraktor ada melakukan kenduri doa selamat selepas itu.

Mari kita semua berdoa agar tiada sebarang kecelakaan yang akan berlaku lagi di tahun ini dan tahun yang akan datang.

InsyaAllah semua selamat.