Malaysia dilanda gejalabanjir lagi akhir tahun ni. Dah memang tiap kali musim tengkujuh negeri-negeri di pantai timur pasti tenggelam kerana monsun timur laut. Tetapi pada tahun 2013 ni pelik sikit, tiga lagi negeri turut dilanda banjir. Negeri-negeri tersebut termasuk Johor, Pahang dan yang terbaru Melaka. Bukan banjir kecik-kecik beb, banjir besar dan teruk hingga pencawang TNB tenggelam. Kesian bila musim banjir ni.
Berikut adalah beberapa petikan daripada laman web berita:
Keadaan banjir di Terengganu, Pahang dan Johor semakin buruk petang ini
dengan kebanyakan kawasan rendah terus dinaiki air berikutan hujan sejak
semalam.
Banjir yang melanda Kemaman, Terengganu juga meragut
nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun setelah lemas di Kampung
Padang Kubu di Kijal semalam.
Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman
berkata seorang kanak-kanak (masih belum diketahui jantinanya) pula
dikhuatiri hilang di Kijal akibat limpahan air pasang besar.
Di
KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang
berbanding 452 orang pagi ini apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula
dilanda banjir petang ini.
Portal Majlis Keselamatan Negara
(MKN) menyatakan setakat 4 petang ini Kemaman, Dungun dan Hulu
Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa
yang dipindahkan.
Di Kemaman 761 orang daripada 195 keluarga
dipindahkan ke 24 pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi hanya 13
pusat dibuka dengan 452 mangsa banjir.
Di Hulu Terengganu, 94
mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sejak 2
petang manakala di Dungun, 50 orang daripada 12 keluarga dipindahkan
sejak 12 tengah hari.
Sementara itu, jurucakap Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan bacaan pada 4 petang
menunjukkan paras air di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi
paras bahaya masing-masing setinggi 37.84m dan 23.21m.
Sungai
Kuala Berang, di Kampung Menerong di Hulu Terengganu juga melebihi paras
bahaya iaitu setinggi 25.13m (bahaya 24.5m) manakala Sungai Kemaman
pula, Sungai Cerol di Banho dan Jambatan Air Putih berada dalam
kedudukan bahaya iaitu masing-masing setinggi 19.78m dan 15.06m.
Di KUANTAN, sebanyak 5,561 mangsa banjir dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir di Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran setakat 3 petang.
Bandar Kuantan juga dilaporkan hampir lumpuh apabila kebanyakan laluan
jalan raya di sekitar bandar itu dinaiki air melebihi 1 meter.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang
berkata Rompin mencatatkan jumlah pemindahan banjir paling ramai iaitu
2,595 orang dari 23 kampung dan ditempatkan di 13 pusat pemindahan di
daerah itu.
Di Pekan, 341 mangsa dari enam kampung dipindahkan
ke enam pusat pemindahan manakala di Kuantan 1,824 mangsa dari 23
kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.
Di Maran, 801 mangsa banjir dari sembilan kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.
Beliau berkata keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat masih berterusan sehingga kini.
"Jambatan Sungai Charu di Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup
kepada semua kenderaan berikutan air naik melebihi satu meter," kata
jurucakap itu.
Beberapa jalan lain juga kini ditutup kepada
kenderaan ringan berikutan kawasan berkenaan dinaiki air antara 0.5
hingga 1 meter termasuk Batu 3 Jalan KuantanGambang, Km16 Jalan
PekanNenasi, Km9 Jalan PekanNenasi dan Km64 Jalan MaranJerantut.
Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini.
Setakat 3 petang, Segamat mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang
dipindahkan iaitu 1,116 orang, mangsa banjir di Kluang juga meningkat
iaitu 187 orang manakala di Kota Tinggi meningkat kepada 74 orang.
Portal MKN menyatakan Muar menjadi daerah terbaharu yang memindahkan
mangsa banjir iaitu 35 orang manakala jumlah mangsa di Mersing kekal
4,247 orang.
Sebanyak 42 pusat perpindahan dibuka berbanding 27
pusat pada sebelah pagi iaitu 18 di Mersing (kekal), 18 di Segamat
(meningkat 12), tiga di Kluang (meningkat satu), dua di Kota Tinggi
(meningkat satu) dan sebuah pusat dibuka di Muar.
Jabatan
Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di
Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang
dan Kota Tinggi hari ini.