Sabtu, 31 Mei 2014

Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2014


Setiap tahun, pada 31 Mei, World Health Organization (WHO) akan menandakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Pada hari ini kita akan menonjolkan risiko kesihatan yang dikaitkan dengan penggunaan tembakau dan membincangkan dasar yang efektif untuk mengurangkan penggunaan tembakau.

Tembakau membunuh hampir enam juta orang setiap tahun, di mana lebih daripada 600,000 adalah bukan perokok mati akibat bernafas asap rokok perokok tegar.

Untuk tahun 2014 ini, Hari Tanpa Tembakau Sedunia mengambil ikhtiar lain, WHO menyeru kepada negara-negara untuk menaikkan cukai ke atas tembakau.




Kalau anda tidak sayangkan nyawa, anda mungkin sayangkan duit. Sila baca kisah saudara kita di bawah yang berjaya menyimpan RM1,270 untuk 4 bulan sahaja.



Oleh itu kami menyeru agar anda dapat memuat turun gambar poster di laman web ini dan sebarkan kepada rakan-rakan perokok dan bukan perokok. Kita berharap kempen berhenti merokok ini dapat menolong beberapa saudara dan rakan kita pada hari ini.



Selain menghantar gambar poster dengan khidmat whatsapp, wechat dan lain-lain, anda juga boleh gunakan butang  sosial di bawah untuk menyebarkan kempen ini.

Sekian terima kasih.

Sumber: http://www.who.int/campaigns/no-tobacco-day/2014/en/