Hamba Allah Derma Gelang Emas Kepada Tabung Aman Palestine
Keprihatinan rakyat Malaysia kepada penderitaan dan perjuangan rakyat Islam di Palestine adalah aman bagus sekali.
Rata-rata penduduk menderma samada melalui tabung di masjid, terus ke bank akaun dan juga melalui khidmat SMS. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, sekadar berdoa dan membuat solat hajat sudah memadai.
Ini ada satu kes yang agak pelik tetapi mulia. Kesucian dan keihklasan
hati seorang penderma ini menyumbangkan seutas gelang emas
kesayangannya yang dihantar menggunakan khidmat PosLaju ke pejabat Aman Palestin.
Sumbangan beliau wajar dipuji. Namun, Pos Malaysia mengingatkan kita bahawa barang kemas dan emas adalah antara item yang dilarang untuk pengeposan.
Semoga amalan beliau ini diterima Allah.